Monday, November 17, 2008

My World of No**L.......

Salam, post kali nihh, aku mau mengongsikan salah satu hobi ku di kala kelapangan...apa ek??? men guli?? salah....men congkak??? lagiii salah..wakakakaka...jawapan yg betolnya...membaca n.o.v.e.l....hahaha..jgn gelak aku wehhh, memangla muka aku ganass mcm samseng kampong dusun, tapi jiwa aku seni beb!!! wakakakkaka prasannn!!! xdala, aku actually x minat sgt novel2 cintan nihhh...tapi aku suka sangat2 baca novel THRILLER, novel SERAM GELIMAT gitu...Seram kat sini bukanlah bermakna cerita hantu, tapi novel yg buat kita suspen dan tertanya-tanya apakah yg akan terjadi next, next, dan next dan kita tak menyangka dan tak pernah terpikir yg perkara tu akan berlaku!!!...kadang2 jugak novel ni membuatkan urat tekak dan segala bulu yg ada pada diri aku menegak..wakakkaka!!!

Kenapa aku minat novel ek??? sedangkan...aku bukan jenis yg minat membaca??? membaca di sini bermaksud membaca buku2 ilmiah dan pelajaran..wakakaka!!! memang dohh, aku kalau bukak buku plajaran ja 5 minit mesti tutup balik, tak pon tido ja trus...hahaha...=P

Aku mula2 'jatoh cinta' dengan novel2 nihh time kelas bahasa mlayu waktu form 4 seingat aku. Cikgu aku bawak pi pustakaan..Sebelom ni asal pi libry ja mesti aku ngan kawan2 tido baring ja kat blakang rak buku paling hujong skali...tidola sampai habis masa kelas tu...wakakakka!!! Tapi pada suatu hari ni, aku secara tidak sengaja menjumpai sebuah 'novel' 'bercover' sangat pelik dan 'bertajuk' sangat pelik yang menarik perhatian jiwa dan raga aku untuk menyelak satu persatu kandungan novel tersebut...

Novel tu tajuknya 'tombiruo'...tulisan Ramlee Awang Murshid..Itulah novel bersaiz tebal pertama yg aku baca..Pelik x pelik, 2 jam di libry bagaikan 20 minit jak bagi aku...halaman demi halaman aku baca dgn penuh taksub bersama perasaan ingin tahu...Dan setelah tu, lantas buat pertama skali dlm sejarah aku kat skolah tu, aku pinjam buku kat libry skolah...time tu jugak buat kad libry baru..dah form4 baru nak wat kad..wakakakakaka!!!lawak2!!!

Semenjak tu, aku mula mencintai novel...dah jadi mcm hobi aku plak, kalau pi kedai buku, aku akan check dulu ada ke tak novel terbaru Ramlee Awang Murshid...hehehe..Banyak sudah novel-novel yg aku dah baca..tapi....aku xkan lupa sumbangan novel ni yg menghadirkan 'semangat novelan' kepada diri aku...''TOMBIRUO''......-end story-



Cover 'tombiruo'...bersama2 novel2 kesayanganku...hahaha=P

2005...aku bli gak novel nihh..walaupon da baca..hehe =P



Serba-sebanyak...ehh, serba sedikit tentang novel nihh.... =P

Novel ini menceritakan seorang lelaki bernama 'Ejim' yang dilahirkan 'bukan berwajah' manusia. Ejim dibuang ke dalam hutan 'Keningau' sebaik sahaja dia dilahirkan oleh kedua ibu bapanya kerana tidak mahu menanggung malu. Di hutan Ejim dibesarkan oleh seorang lelaki bernama 'Pondulou'yg pada mulanya merupakan seorang pahlawan tetapi dibuang negeri kerana dituduh membelot. Ejim membesar dgn ciri2 pahlawan dan sangat pandai tentang selok belok hutan. Dia yang menjaga hutan Keningau daripada dinodai dek pemburu haram dan pembalak2 haram. Orang kampong di Tawau dan Keningau heboh mengatakan bahawa ada Tombiruo (hantu) di hutan. Cerita demi cerita dihebohkan dan penipuan demi penipuan diceritakan. Sedangkan Ejim hanya menjaga flora dan fauna di hutan tersebut.

Novel ini menjadi lebih menarik apabila 1 kejadian helikopter terhempas di hutan Keningau. Beberapa org terselamat daripada nahas tersebebut. Antara yg terselamat adalah seorang wartawan stesen TV swasta bernama Wan Suraya. Wan Suraya yang ayu itu menarik perhatian Ejim yang bersembunyi di celah2 dahan pokok. Ada penumpang yg tercedera, dan Ejim nekad untuk menolong mangsa2 nahas tersebut. Ejim yg berbadan sasa, berambut panjang dan kasar, memakai kain ala ala tarzan serta bertopeng memeranjatkan mangsa2 nahas tersebut. Pada mulanya semua amat takot melihat Ejim, tetapi oleh kerana sifat baik Ejim menyembuhkan luka2 mangsa yg tercedera menyebabkan semua berasa selamat dan selesa dgn Ejim. Wan Suraya pula sangat berminat utk mengenali lelaki disebalik 'topeng' ini.

Ejim yg belum pernah melihat insan bernama 'wanita' merasakan bahawa ada sesuatu yg menggoncang jiwanya. Dia sangat tertarik melihat sifat lemah lembut dan keayuan Wan Suraya. Ejim sering melihat mukanya di dalam sungai dan merasakan begitu bezanya wajah buruknya dengan manusia2 yg lain. Oleh sebab itulah dia sering memakai topeng pemberian arwah bapa angkatnya, pondolou. Ejim tidak mahu manusia takot melihat wajahnya yg hodoh itu. Hari berganti hari, pasukan pencari masih belom menjumpai bangkai helikopter tersebut, dan pada ketika itulah bnyak kejadian2 aneh yg berlaku di dalam hutan tersebut. Satu demi satu rintangan ditempuhi mangsa2 kejadian untuk keluar daripada hutan Keningau yg sangatlah luas itu....

hehe, panjang wehhh mo taip...adoii2..kalau nak tau lebih mendalam baca lohh sendri k..haha, yg penting cerita ni menjadi sangat2 menarik lepas diorang berjaya keluar dari hutan tu.Dimana Ejim yg jatoh cinta kepada Wan Suraya, serta munculnya watak utama yg menjadi kekasih hati Wan Suraya,Amiruddin.....ahakss =)




11 comments:

peppo said...

wah...bes bah novel ni
apala kunun endingnya lovess
hihi..

:=)

mr.lovess said...

wahhhh..peppo baca ke apa sia taip??? dasat ehhh..slalunya org malas skit mo baca kalau taip panjang2 nihhh..hahahha...novel ni bersambong peppo, ada 3 novel baru habis crita nihh (1:tombiruo, 2:semangat hutan, 3: Tombiruo terakhir) hehe =)

Anonymous said...

dasat ehhh..slalunya org malas skit mo baca kalau taip panjang2 nihhh..--perli baik punyaaa!!! :p
ntahla xbaca pon..wakakakaka..
singgah kosong ja nih.ZZzZZzz
ops!ttido lak gue.. ;)

pinbaju said...

wahhh apa jadik sama tu wan suraya??? adakah dia berkahwin dgn ejim..dan siapa amiruddin??

mr.LOVESS said...

wahhhhh pinnn...kamoo baca ka setiap yg aku taip??? huhuuuu terharunyaaa..kamoo mmg abg ku la..sob sob ='(

mr.LOVESS said...

amiruddin tu salah sorang ranger kat daerah keningau..wan suraya suka sama amiruddin, ejim betapuk seblah tangan jak...tapi....

pinbaju said...

tapi.....tapi apa???...huhuhuh...saspen nih...jangan cakap...tapi silalah beli buku tombiruo utk mengetahui kisah selanjutnya...dash2...paaangg

mr.LOVESS said...

wakakakkaka..pandai2!! silalah beli dan baca sendri..wakaka!!adoii..lagi 1 kalau mo tau redah ja utan keningau tu..cari jak si ejim..hahaha =P

Anonymous said...

lobesss ko dah baca lagenda budak setan??novel ni lama dah...-aiza-

Anonymous said...

woittt ko tau ka apa tombiruo tu???wakakkkaka... -aiza-

mr.LOVESS said...

wakakaka...tombiruo tu spesis kak aiza gak kali...wakakakka!!! =P

anda juga mungkin meminati...

Related Posts with Thumbnails